Skip links

PROGRAM LZS MYSKILL KERJASAMA CIDB MALAYSIA & LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

PROGRAM LZS MYSKILL KERJASAMA CIDB MALAYSIA & LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Pengenalan

Program LZS MySkill adalah merupakan sebuah pilot program kerjasama pintar diantara CIDB Malaysia dan Lembaga Zakat Selangor yang menyediakan tajaan penuh untuk mengikuti latihan kemahiran kompetensi. Program ini bertujuan untuk melahirkan pekerja mahir yang berkualiti dan kompeten di dalam industri melalui latihan kemahiran kompetensi yang jitu dan seterusnya mengiktirafkan kumpulan sasaran dengan pensijilan kompeten. Ini sekaligus, dapat meningkatkan nilai profesionalisme dan efisiensi di tapak bina.

Objektif Program

  • Menyediakan latihan kemahiran dan penilaian kompetensi dalam usaha meningkatkan bilangan pekerja mahir dan kontraktor tempatan terutamanya dalam bidang industri pembinaan
  • Membantu meningkatkan sumber ekonomi & sosial golongan asnaf
  • Mewujudkan laluan kerjaya (career path) dalam bidang pembinaan

Kumpulan Sasaran (Peserta)

Kumpulan sasaran adalah belia yang terdiri daripada anak-anak asnaf dan fakir miskin yang berdaftar dibawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang berumur 18 tahun sehingga 25 tahun dan memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 – 25 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca, menulis & mengira.
  • Menunjukkan minat untuk bekerja dalam industri pembinaan.
  • Menunjukkan komitmen yang tinggi
  • Komited dan mempunyai semangat yang tinggi untuk mengubah taraf hidup dan keluar dari kelompok asnaf & fakir miskin.

Format Program

Konsep dasar program ini ialah peserta program akan menjalani latihan kemahiran di Akademi Binaan Malaysia (ABM). Durasi latihan kemahiran adalah bergantung kepada keperluan kursus yang menjadi pilihan. Semasa pelatih menjalani latihan kemahiran, aktiviti kerohanian & kepimpinan akan diselitkan bagi membentuk sahsiah dan jati diri pelatih.

Di akhir latihan kemahiran, pelatih akan diberikan ujian penilaian kompetensi kemahiran bagi memastikan tahap kebersedian pelatih sebelum diberi penempatan kerja yang bersesuaian dengan tred pelatih* bersama pemain industri di Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tred yang Ditawarkan

  • Welding 3G SMAW

Tempoh Pembelajaran

  • 2 Bulan Kursus
  • 3 Bulan Perantisan di syarikat yang terpilih

Manfaat kepada pelatih

  • Kursus ditaja 100% oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS)
  • Penginapan , makan & minum disediakan di kampus
  • Pengangkutan disediakan dari Selangor – Sintok Kedah pada hari kemasukan pelajar
  • Kursus jati diri
  • Elaun perantisan diberi secara bulanan
  • Peluang mendapat pekerjaan* (Sekiranya pelatih memberi komitmen dan memberi prestasi yang cemerlang)
  • Elaun pembelajaran* (bergantung kepada prestasi pelatih)

 

Kampus Latihan & Penempatan Latihan Industri

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara ( Sintok Kedah)

 

Pengambilan

November / Disember 2019

Laluan Kerjaya

 

 

 

 

 

 

 

 

Maklumat Lanjut Hubungi:

En Samir – 03-4042 8880

Emailkan borang pendaftaran ke Industry.relations@cidbholdings.com.my