Skip to main content

Penulis : Nurulain Hamzah

CIDB Holdings memperkenal inisiatif terkini iaitu STAR e-library bagi memperluas kaedah pengajaran dan pembelajaran Latihan Kompetensi Kemahiran Pembinaan.

Portal ini mengandungi modul mengikut tred yang dibangunkan oleh tenaga pengajar berpengalaman serta mendapat kerjasama input pembelajaran daripada rakan industri pembinaan.

STAR e-library boleh digunakan sepenuhnya bermula 1 Jun 2021 oleh semua warga tenaga pengajar serta pelatih ABM dan CIDB Technologies.

5 Fakta STAR e-Library)

01 Hanya tenaga pengajar dan pelatih ABM/ CIDB Tech yang telah berdaftar boleh akses portal secara PERCUMA!

02 Boleh diakses 24 Jam di mana sahaja melalui telefon / tab / komputer

03 Terdapat 30 Modul/ Tred lengkap dengan video, nota dan slaid pembelajaran yang terkini

04 Dilengkapi koleksi Data & Statistik Tahunan Latihan ABM & CIDB Tech

05 Portal pertama di Malaysia dibangunkan dibawah TVET Pembinaan

Jom layari untuk lebih lanjut https://star.elib.cidbhabm.com.my