SKOP TUGAS:
A. Skop Tugas Sebagai Pemandu Syarikat
- Menyediakan perkhidmatan pemanduan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengurus Besar Kanan serta pegawai syarikat yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- Memastikan perjalanan rasmi dilaksanakan dengan selamat, tepat pada masa dan mengikut jadual yang ditetapkan.
- Merancang laluan perjalanan yang sesuai bagi mengelakkan kelewatan dan memastikan kecekapan perjalanan.
- Memastikan kebersihan, kekemasan dan keadaan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik sebelum dan selepas digunakan.
- Memastikan kenderaan sentiasa mempunyai bahan api yang mencukupi serta bersedia untuk digunakan pada bila-bila masa.
- Mematuhi segala peraturan lalu lintas, polisi syarikat dan amalan pemanduan berhemah.
- Membantu menghantar atau mengambil dokumen rasmi, barangan atau peralatan syarikat apabila diperlukan.
- Bersedia melaksanakan tugasan luar pejabat termasuk di luar kawasan atau di luar waktu pejabat sekiranya diarahkan oleh pihak pengurusan.
B. Skop Tugas Sebagai Kerani Pentadbiran
- Pengurusan Kenderaan Syarikat
- Menyelaras penyelenggaraan semua kenderaan rasmi syarikat dan kenderaan rasmi perjawatan.
- Memastikan jadual penyelenggaraan berkala dipatuhi termasuk servis berkala, penukaran tayar, pemeriksaan keselamatan, pemeriksaan bateri serta pemeriksaan brek dan enjin.
- Mengurus pembaharuan cukai jalan, perlindungan insurans dan pemeriksaan PUSPAKOM (jika berkaitan).
- Memastikan kenderaan sentiasa bersih, dicuci secara berkala, dipanaskan enjin mengikut keperluan dan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.
- Mengemas kini dan menyemak Buku Log Penggunaan Kenderaan bagi memastikan rekod perjalanan adalah lengkap dan tepat.
- Menyelaras sebarang pembaikan atau kerosakan dengan bengkel yang dilantik.
- Memantau penggunaan kad minyak, Touch ‘n Go atau kemudahan berkaitan kenderaan (jika berkenaan).
- Pengurusan Aset dan Fasiliti Pejabat
- Menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan aset dan fasiliti pejabat.
- Memastikan semua kemudahan pejabat berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
- Mengurus penyelenggaraan penghawa dingin, sistem pencahayaan, sinki pantry termasuk water trap, bekalan air minuman, sistem paip dan sanitasi, peralatan elektrik asas serta perabot pejabat.
- Membuat laporan kerosakan serta menyelaras tindakan pembaikan dengan kontraktor atau pembekal yang berkaitan.
- Memastikan penyelenggaraan dilaksanakan mengikut jadual dan mematuhi piawaian keselamatan.
- Pengurusan Pentadbiran
- Mengurus rekod penyelenggaraan kenderaan dan aset syarikat.
- Mengurus fail, dokumen serta rekod pentadbiran yang berkaitan.
- Membantu urusan pembelian kecil pejabat serta mendapatkan sebut harga bagi kerja-kerja penyelenggaraan apabila diperlukan.
- Menyelaras penghantaran dan penerimaan dokumen rasmi syarikat.
- Membantu penyediaan logistik bagi mesyuarat, program atau aktiviti syarikat apabila diperlukan.
- Berurusan dengan pembekal, kontraktor dan agensi berkaitan bagi urusan pentadbiran dan penyelenggaraan.
- Memastikan pematuhan kepada prosedur pentadbiran dan pengurusan aset syarikat.
- Tugas-tugas Lain
- Melaksanakan apa-apa tugasan lain yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar Kanan atau pihak pengurusan dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan operasi syarikat.
- Memberikan sokongan kepada Bahagian Pentadbiran bagi memastikan kelancaran operasi harian syarikat.
- Membantu dalam pengurusan kecemasan atau situasi luar jangka yang melibatkan aset, fasiliti atau operasi syarikat.
SYARAT KELAYAKAN:
- Warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas;
- Lelaki;
- Mempunyai lesen memandu yang sah bagi Kelas D, B atau B2 serta rekod pemanduan yang baik. Pemilikan lesen GDL adalah satu kelebihan.
- Berdisiplin, amanah dan menepati masa;
- Mempunyai kemahiran asas penyelenggaraan kenderaan;
- Mahir mengendalikan urusan pentadbiran dan dokumentasi;
- Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
- Mempunyai sifat terbuka dan boleh menerima pandangan;
- Mampu bekerja secara berdikari dan dalam satu pasukan;
- Bersedia bekerja di luar waktu pejabat apabila diperlukan.
SYARAT PERMOHONAN:
- Terbuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan dan keperluan jawatan seperti yang dinyatakan di atas.