Skip to main content

Sempena Ramadhan Al Mubarak , CIDB Holdings telah mengadakan Program Imarah Ramadhan yang berlangsung di Surau Ar Rahman Tingkat 3 PWTC, Kuala Lumpur. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Eksekutif CIDB Holdings , Supian Musa.

Objektif program ini adalah untuk mengimarahkan lagi dan menghayati bulan Ramadhan Al Mubarak serta berkongsi keberkatan Ramadhan bersama warga kerja di PWTC .

Dengan bertemakan indahnya Ramadhan , program dimulakan dengan sesi ceramah agama oleh Pencetus Ummah Amin yang bertajuk “Tips Mencari Keberkatan Ramadhan” dan “Keistimewaan Malam Lailatulqadar”.

Seterusnya, semua staf CIDBH dan para tetamu mengerjakan solat fardhu zohor secara berjemaah dan membuat agihan bubur lambuk kepada orang awam di sekitar perkarangan PWTC.