KUALA LUMPUR : Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di negara kita, CIDB Holdings Sdn Bhd turut serta menyumbang dalam pengendalian program NuMee Kasih.
Memahami pengorbanan petugas barisan hadapan, CIDBH mengambil inisiatif menyuntik dana bagi menyokong program yang telah dilaksanakan oleh pihak Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd. Pihak Gardenia telah melantik Ideascape Consulting Group Sdn Bhd membuat pengagihan makanan kepada para frontliner yang bertungkus-lumus bertugas membanteras virus Covid-19 di negara kita.
Sumbangan agihan makanan telah disalurkan ke lokasi-lokasi berikut :
1. Hospital Kajang
2. Hospital Banting
3. Hospital Putrajaya
4. Ibu pejabat Polis Daerah Seremban
5. Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)