18 Oktober 2016, Hotel Double Tree By Hilton, Kuala Lumpur- YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya, merasmikan Program MRT Young Entrepreneurs Programme II (MYEP II), Safety Supervisor Apprenticeship Programme (SSAP), dan Perantisan Kemahiran CIDB 2016 di Kuala Lumpur. Program ini merupakan inisiatif CIDB Malaysia dalam membangunkan modal insan melalui latihan perantisan bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan, dan kebolehpasaran tenaga kerja dalam sektor pembinaan. Kerjasama strategik bersama pelbagai syarikat dan agensi bertujuan melahirkan pekerja mahir dan usahawan pembinaan yang berkaliber, selaras dengan aspirasi Dasar Transformasi Industri Pembinaan (CITP) dan RMKe-11.