CIDB Holdings di bawah anak syarikat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf KONTRAK di CIDB Holdings seperti berikut:

Penempatan : HQ CIDB Holdings (Menara Dato Onn WTC KL)
Jawatan : Eksekutif
Taraf Jawatan : Kontrak
Klasifikasi

Kadar Gaji

: Bahagian Latihan & Kolaborasi

: RM 2,400.00 – RM 9,500.00

SKOP TUGAS:

  1. Membuat “Research”/ Kajian organisasi releven untuk disuaipadankan dengan produk syarikat ;
  2. Mendapatkan slot temujanji atau pembentangan dengan rakan Kerjasama serta membuat susulan selanjutnya;
  3. Berkerjasama dengan team untuk merekabentuk dan membangunkan program/ proposal relevan dengan kehendak pemegang taruh;
  4. Membuat persediaan pembentangan, menghadiri dan membuat pembentangan dengan potensi rakan kerjasama;
  5. Membangunkan belajawan releven dengan aktiviti program/projek;
  6. Mengembleng sumber yang ada di dalam Syarikat dan juga menjadi pegawai yang dirujuk bagi program/projek;
  7. Mengekalkan perkhdimatan pelanggan yang baik termasuk menangani maklumbalas dengan pemegang taruh;
  8. Menyediakan pelaporan yang sesuai dengan kehendak stakeholder;
  9. Memainkan peranan yang aktif sebagai team player dan seorang yang pro aktif;
  10. Membuat pelaporan kepada Pengurusa Latihan mengenai perancangan, sasaran serta pelaksanaan program
  11. Mempunyai Lesen memandu dan kenderaan sendiri;
  12. Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan Bebas dari sebarang rekod jenayah

SYARAT PEMOHONAN & KELAYAKAN:

  1. Warganegara Malaysia berumur 30 – 35 tahun ke bawah;
  2. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pengurusan atau setaraf dari institusi pengajian tinggi dalam / luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  3. Lulus dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
  4. Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
  5. Mempunyai perwatakan menarik;
  6. Mempunyai pengalaman minima 5 tahun dalam pengurusan latihan kepada awam dan keutamaan pemegang sijil Training Need Analysis (TNA)
  7. Terbuka kepada individu LELAKI/PEREMPUAN.

CARA MEMOHON:

  1. Calon- calon yang berminat adalah dipelawa mengemukakan surat pemohonan berserta keterangan peribadi yang lengkap (Resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman selewat-lewatnya  15 Mac 2024 kepada:

Bahagian Sumber Manusia

CIDB Holdings Sdn Bhd
Tingkat 22, Menara Dato Onn
Putra World Trade Centre (PWTC)
No45 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur

Email: hr@cidbh.com.my

 

  1. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI:

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai Jabatan Sumber Manusia CIDBH seperti berikut:

 

  1. Nama : Nurul ‘Ain Binti Isham
    No Tel   : 03-40428880 ext: 124
    Email     : nurul@cidbh.com.my
  1. Nama : Encik T Muhammad Iqbal Bin T Idham S
    No Tel   : 03-40428880 ext: 102
    Email     : iqbal@cidbh.com.my