CIDB Holdings di bawah anak syarikat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf KONTRAK di CIDB Holdings seperti berikut:

Penempatan : HQ CIDB Holdings (The Met Corporate Tower)
Jawatan : Pembantu Pentadbiran
Taraf Jawatan : Kontrak
Klasifikasi : Bahagian Latihan & Kolaborasi

SKOP TUGAS:

Pengurusan Dokumen dan Fail

  • Mengurus dan menyusun dokumen-dokumen berkaitan pembangunan kerangka kontraktor pakar;
  • Memastikan semua fail projek tersusun dan mudah diakses oleh pasukan projek;
  • Menyediakan rekod mesyuarat, laporan kemajuan, serta surat menyurat yang berkaitan dengan projek;

Pengurusan Mesyuarat dan Acara

  • Mengaturkan mesyuarat pasukan projek termasuk jemputan, penyediaan agenda dan tempahan bilik mesyuarat;
  • Mengambil minit mesyuarat dan mengedarkan kepada semua peserta selepas mesyuarat;
  • Menguruskan logistik untuk bengkel atau sesi perbincangan berkaitan projek;

Penyediaan Laporan dan Pembentangan

  • Membantu dalam penyediaan laporan berkala projek untuk pemantauan kemajuan;
  • Menyediakan pembentangan berdasarkan maklumat dan data yang diberikan oleh pasukan teknikal projek;

Penyelarasan Komunikasi

  • Bertindak sebagai penghubung antara pasukan projek dengan pihak luar (kontraktor, agensi berkaitan);
  • Mengurus komunikasi dalaman termasuk email, panggilan telefon dan memo berkaitan projek;

Pengurusan Data dan Maklumat

  • Mengurus dan mengemaskini pangkalan data yang melibatkan butiran kontraktor, jadual projek, dan maklumat penting lain;
  • Memastikan integriti data terjaga dan kemaskini dilakukan secara berkala;

Sokongan Logistik

  • Menguruskan keperluan logistik untuk perjalanan atau pertemuan luar yang berkaitan dengan projek;
  • Menyediakan keperluan asas seperti cetakan dokumen, persediaan bahan-bahan pembentangan dan pengurusan alat tulis pejabat;

Sokongan Pentadbiran Umum

  • Membantu dengan tugas pentadbiran harian lain seperti pengurusan kewangan projek (jika perlu), pemantauan jadual projek dan menyusun jadual kerja pasukan;
  • Membantu dalam proses penghantaran atau penerimaan dokumen antara jabatan atau organisasi terlibat.

SYARAT PEMOHONAN & KELAYAKAN:

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 30 tahun ke bawah;
  2. Memiliki Sekurang-kurangnya 2 Tahun Pengalaman dalam bidang pengkeranian;
  3. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau;
  4. Lulus dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  5. Terbuka kepada individu LELAKI/PEREMPUAN;
  6. Mempunyai lesen memandu yang sah;
  7. Komited dan mempunyai personaliti menarik;

CARA MEMOHON:

  1. Calon- calon yang berminat adalah dipelawa mengemukakan surat pemohonan berserta keterangan peribadi yang lengkap (Resume/curriculum vitae) mengenai     kelayakan dan pengalaman selewat-lewatnya 20 JUN 2025 (Jumaat) kepada:

Bahagian Sumber Manusia

CIDB Holdings Sdn Bhd
Level 26 & 12 CIDB 520 The Met Corporate Tower,
No 20, Jalan Dutamas 2
50480 Kuala Lumpur

Email: hr@cidbh.com.my
nurul@cidbh.com.my
iqbal@cidbh.com.my

 

  1. Sebarang pemohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan dianggap tidak berjaya. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI:

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai Jabatan Sumber Manusia CIDBH seperti berikut:

  1. Nama : Nurul ‘Ain Binti Isham
    No Tel   : 03-6206 0000 ext: 122
    Email     : nurul@cidbh.com.my
  1. Nama : Encik T Muhammad Iqbal Bin T Idham S
    No Tel   : 03-6206 0000 ext: 102
    Email     : iqbal@cidbh.com.my