22 Mei 2023, Seri Pacific, Kuala Lumpur- Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara CIDB Holdings dan Malaysia Steel Institute (MSI) telah berlangsung pada 22 Mei 2023 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Antara bidang kerjasama yang telah dipersetujui melalui MoU ini termasuklah CIDBH dan MSI akan berkerjasama untuk memudahkan dan meningkatkan penerapan amalan terbaik menggunakan sistem ASSURE di kalangan pemegang taruh yang menawarkan perkhidmatan berkaitan dengan pematuhan Malaysian Standard bagi bahan binaan tempatan dan import dalam industri pembinaan di Malaysia.
Untuk maklumat lebih lanjut layari laman web rasmi CIDBH, www.cidbholdings.com.my
Read More