KENYATAAN SEBUTHARGA
Tawaran Tender adalah dipelawa kepada Syarikat / Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam Kod Bidang atau mempunyai kelayakan yang berkaitan dan masih sah tempoh laku bagi menyertai pembekalan berikut:
| PERKARA | |
|---|---|
| Tajuk | MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERALATAN SERTA MESIN UNTUK TUJUAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN DAN PENILAIAN KOMPETENSI KEMAHIRAN (LKK & PKK) CIDB MALAYSIA DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA (ABM) DAN CIDB TECHNOLOGIES BAGI TAHUN 2025 |
| No Tender | CIDBH/TEN-04/2025 |
| Kod Bidang / Kelayakan | 130101 dan 140301 |
| Tarikh, Masa & Tempat Taklimat Tender | Tarikh: 1 Julai 2025 (Selasa)Masa: 2.30 petang Tempat:
|
| Harga Dokumen & Bayaran atas Nama | Harga Dokumen: RM 500.00 SenaskahSecara: Pindahan Wang Atas Talian Bayaran atas nama: |
| Tarikh Tender Ditutup | Tarikh: 22 Julai 2025 (Selasa)Masa: 12.00 tengah hari Dokumen tender yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan |
- Dokumen Tender hanya akan dijual kepada Pembekal atau wakil-wakil pembekal yang menghadiri Taklimat Tender sahaja. Pembekal adalah DIWAJIBKAN membawa perkara-perkara berikut semasa menghadiri taklimat:
- Surat Perwakilan Kuasa (untuk wakil pembekal)
- Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia
- Cop syarikat beralamat penuh
Satu salinan sijil/surat hendaklah diserahkan kepada pejabat semasa membeli tender.
- Harga bagi setiap satu (1) set Dokumen Tender adalah seperti di atas. Bayaran hendaklah dibuat secara Pindahan Wang Atas Talian/Wang Pos/Wang Kiriman Pos/Bank Deraf atas nama CIDB Holdings Sdn Bhd. Tunai adalah tidak diterima.
- Dokumen Tender akan mula dijual pada 1 Julai 2025 hingga 4 Julai 2025 (10.00 pagi hingga 4.00 petang) diCIDB Holdings Sdn Bhd, Tingkat 26, CIDB 520, The MET Corporate Towers, No 20, Jalan Dutamas 2, 50480 Kuala Lumpur.
- Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tender yang ditempatkan di:
CIDB HOLDINGS SDN BHD
Tingkat 26, CIDB 520, The MET Corporate Towers
No 20, Jalan Dutamas 2
50480 Kuala Lumpur
- CIDB Holdings Sdn Bhd tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran harga terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender. CIDB Holdings Sdn Bhd juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan dokumen tender yang dikemukakan melalui pos.



