Skip to main content

KENYATAAN SEBUTHARGA

Tawaran Tender adalah dipelawa kepada Syarikat / Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam Kod Bidang atau mempunyai kelayakan yang berkaitan dan masih sah tempoh laku bagi menyertai pembekalan berikut:

No. Tender & Tajuk Tender Kod Bidang / Kelayakan Tarikh, Masa & Tempat Taklimat Tender Harga Dokumen & Bayaran atas Nama Tarikh Tender Ditutup

No. Tender : CIDBH/TEN-02/2025

MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERALATAN DAN KELENGKAPAN SCAFFOLDING BAGI TUJUAN LATIHAN KOMPETENSI KEMAHIRAN PEMBINAAN SCAFFOLD ERECTOR DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA (ABM) UTARA, TIMUR, TENGAH, SELATAN, SABAH DAN SARAWAK

 

 

130101

Tarikh:
7 April 2025
Masa:
2.30 petang

Tempat:
Mini Teater,
Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Tengah, Lot 8, Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur

  • Sila bawa bersama cop syarikat yang mengandungi alamat lengkap ketika menghadiri sesi taklimat.
  • Kehadiran ke sesi taklimat adalah DIWAJIBKAN.

 

Harga Dokumen:
RM 300.00 Senaskah

Secara:
Pindahan Wang Atas Talian

Bayaran atas nama:
CIDB Holdings Sdn Bhd

Tarikh:
28 April 2025 (Isnin)
Masa:
12.00 tengah hari

Dokumen tender yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

 

1. Dokumen Tender hanya akan dijual kepada Pembekal atau wakil-wakil pembekal yang menghadiri Taklimat Tender sahaja. Pembekal adalah DIWAJIBKAN membawa perkara-perkara berikut semasa menghadiri taklimat :

    • Surat Perwakilan Kuasa (untuk wakil-wakil pembekal)
    • Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia
    • Cop syarikat beralamat penuh

Satu salinan sijil/surat hendaklah diserahkan kepada pejabat semasa membeli tender.

2. Harga bagi setiap satu (1) set Dokumen Tender adalah seperti diatas. Bayaran hendaklah dibuat secara Pindahan Wang Atas Talian kepada CIDB Holdings Sdn Bhd. Tunai adalah tidak diterima.

3. Dokumen Tender akan mula dijual pada 07 April 2025 hingga 11 April 2025 (10.00 pagi hingga 4.00 petang) di CIDB Holdings Sdn Bhd, Tingkat 26, CIDB 520, The MET Corporate Towers, No 20, Jalan Dutamas 2, 50480 Kuala Lumpur.

4. Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tender yang ditempatkan di:

CIDB HOLDINGS SDN BHD
Tingkat 26, CIDB 520, The MET Corporate Towers
No 20, Jalan Dutamas 2
50480 Kuala Lumpur

5. CIDB Holdings Sdn Bhd tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran harga terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender. CIDB Holdings Sdn Bhd juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan dokumen tender yang dikemukakan melalui pos.