KENYATAAN SEBUTHARGA
Tawaran Tender adalah dipelawa kepada Syarikat / Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam Kod Bidang atau mempunyai kelayakan yang berkaitan dan masih sah tempoh laku bagi menyertai pembekalan berikut.
| No. Tender & Tajuk Tender | Kod Bidang / Kelayakan | Tarikh, Masa & Tempat Taklimat Tender | Harga Dokumen & Bayaran atas Nama | Tarikh Tender Ditutup |
|---|---|---|---|---|
| No. Tender:
CIDBH/TEN-01/2026 MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERALATAN SERTA MESIN UNTUK TUJUAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN DAN PENILAIAN KOMPETENSI KEMAHIRAN (LKK & PKK) CIDB MALAYSIA DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA (ABM) DAN CIDB TECHNOLOGIES BAGI TAHUN 2026 |
130101
dan 140301 |
Tarikh: 21 April 2026 (Selasa)Masa: 2.30 petangTempat: Mini Teater, Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Tengah, Lot 8, Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur • Sila bawa bersama cop syarikat yang mengandungi alamat lengkap ketika menghadiri sesi taklimat. |
Harga Dokumen: RM 500.00 SenaskahSecara: Pindahan Wang Atas TalianBayaran atas nama: CIDB Holdings Sdn Bhd |
Tarikh: 11 Mei 2026 (Isnin)Masa: 12.00 tengah hariTempat: CIDB Holdings Sdn Bhd, Tingkat 26, CIDB 520, The MET Corporate Towers, No 20, Jalan Dutamas 2, 50480 Kuala Lumpur. *Dokumen tender yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. |
-
Dokumen Tender hanya akan dijual kepada Pembekal atau wakil-wakil pembekal yang menghadiri Taklimat Tender sahaja. Pembekal adalah DIWAJIBKAN membawa perkara-perkara berikut semasa menghadiri taklimat:
i) Surat Perwakilan Kuasa (untuk wakil pembekal)
ii) Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia
iii) Cop syarikat beralamat penuh
Satu salinan sijil/surat hendaklah diserahkan kepada pejabat semasa membeli tender. -
Harga bagi setiap satu (1) set Dokumen Tender adalah seperti di atas. Bayaran hendaklah dibuat secara:
Pindahan Wang Atas Talian / Wang Pos / Wang Kiriman Pos / Bank Deraf atas nama CIDB Holdings Sdn Bhd.
Tunai adalah tidak diterima. -
Dokumen Tender akan mula dijual pada 21 April 2026 hingga 11 Mei 2026 (10.00 pagi hingga 4.00 petang) di:
CIDB Holdings Sdn Bhd,
Tingkat 26, CIDB 520,
The MET Corporate Towers,
No 20, Jalan Dutamas 2,
50480 Kuala Lumpur. -
Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tender yang ditempatkan di:
CIDB HOLDINGS SDN BHD
Tingkat 26, CIDB 520, The MET Corporate Towers
No 20, Jalan Dutamas 2
50480 Kuala Lumpur - CIDB Holdings Sdn Bhd tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran harga terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender. CIDB Holdings Sdn Bhd juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan dokumen tender yang dikemukakan melalui pos.
