KENYATAAN SEBUTHARGA

Sebutharga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah tempoh laku bagi menyertai pembekalan berikut:

NO. SEBUTHARGA & TAJUK SEBUTHARGA TARIKH DIKELUARKAN KELAYAKAN PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI TARIKH & MASA TUTUP
No. Sebutharga: CIDBH/SH01/2025
Tajuk: Sebutharga Bagi Perkhidmatan Pengurusan Operasi dan Penyelenggaraan Sistem Latihan Bersepadu untuk CIDB Holdings Sdn Bhd
9 Disember 2025 Sebutharga dipelawa kepada kontraktor berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang:

210104 – Software / System / Development / Customization And Maintenance
210106 – Data Management / Provide services including disaster

Cik Rita Cucu Syamsuri
Tel: 03-6206 0000 (Ext: 142)Pn. Rus Qiyah Md Din
Tel: 03-6206 0000 (Ext: 128)
Tarikh: Isnin, 18 Dis 2025
Masa: 12.00 tengah hari

1. Dokumen Sebutharga boleh diperolehi mulai 9 Disember 2025 melalui laman web rasmi CIDB Holdings Sdn Bhd (CIDBH) di alamat
www.cidbholdings.com.my.

2. CIDBH tidak menyediakan salinan hardcopy Dokumen Sebutharga tersebut dan adalah menjadi tanggungjawab penyebutharga untuk memuat turun Dokumen Sebutharga daripada laman web yang disediakan. Sebarang kos percetakan dan penghantaran adalah ditanggung sepenuhnya oleh penyebutharga.

3. Kegagalan penyebutharga mematuhi arahan kepada penyebutharga yang dilampirkan bersama Dokumen Sebutharga boleh menyebabkan tawaran/sebutharga yang dikemukakan oleh penyebutharga ditolak.

4. Pihak CIDBH tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran.

5. Penyebutharga adalah dikehendaki untuk mematuhi syarat-syarat sebutharga seperti di bawah:

5.1 Penyebutharga hendaklah memastikan dokumen-dokumen sebutharga dikepilkan dengan kemas dan teratur. Pihak CIDBH tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan sebarang dokumen; dan

5.2 Borang Sebutharga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri dan tertutup dengan ditulis Tajuk Sebutharga, No. Sebutharga dan Tarikh Tutup di sebelah kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di alamat:

CIDB HOLDINGS SDN BHD
Tingkat 26, CIDB 520
The MET Corporate Tower
No. 20, Jalan Dutamas 2
50480 Kuala Lumpur

6. Naskah Sebutharga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat seperti di atas sebelum atau pada 18 Disember 2025, jam 12.00 tengahari.

7. Sebutharga yang lewat diterima daripada tarikh dan jam yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.