SKOP TUGAS:
- Melaksanakan aktiviti pensampelan dan pengujian termasuk penyediaan borang ujian serta laporan berkaitan;
- Melaksanakan pengujian mengikut keperluan MS ISO/IEC 17025 dan tahap kualiti yang ditetapkan;
- Melaksanakan aktiviti pensampelan di tapak mengikut kriteria dan standard yang ditetapkan;
- Merekod keputusan pensampelan dan pengujian serta menyediakan laporan dengan lengkap dan teratur;
- Melaporkan sebarang ketidakakuran kepada Pengurus Kualiti berdasarkan pemerhatian dan membantu melaksanakan tindakan bagi meminimumkan atau menghapuskan ketidakakuran;
- Melaksanakan pemeriksaan perantaraan dan pemeriksaan fungsi peralatan mengikut jadual yang ditetapkan;
- Memastikan sistem pemfailan dan rekod makmal diselenggara dengan teratur;
- Memastikan tempat kerja sentiasa bersih, selamat dan mematuhi keperluan keselamatan;
- Memberi tumpuan kepada aktiviti yang memberi nilai tambah serta penggunaan sumber secara kos efektif; dan
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
SYARAT KELAYAKAN:
- Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Sains, Kejuruteraan, Teknologi, Pembinaan atau bidang berkaitan;
- Tiada pengalaman kerja diperlukan. Graduan baharu yang memenuhi kelayakan adalah digalakkan memohon;
- Bersedia menghadiri Kursus Pemahaman dan Pelaksanaan MS ISO/IEC 17025;
- Mempunyai kemahiran asas komputer;
- Mempunyai sikap teliti, berdisiplin, bertanggungjawab dan mampu bekerja mengikut prosedur serta standard yang ditetapkan; dan
- Mampu bekerja secara individu dan berkumpulan serta mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
SYARAT PERMOHONAN:
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan ini dikeluarkan.