Closing on: Sep 30, 2026
Job Category: Assistance Executive
Job Type: Contract
Job Location: HQ Kuala Lumpur

SKOP TUGAS

  1. Membantu melaksanakan urusan perolehan syarikat termasuk mendapatkan sebut harga daripada pembekal, membuat perbandingan harga serta menyediakan dokumen berkaitan perolehan.
  2. Menguruskan proses Request for Quotation (RFQ) serta menyediakan jadual perbandingan harga bagi tujuan penilaian dan pemilihan pembekal.
  3. Menyediakan dan memproses Pesanan Pembelian (Purchase Order – PO) berdasarkan kelulusan dan prosedur yang ditetapkan.
  4. Menyediakan, menyelenggara dan menguruskan rekod berkaitan tender, sebut harga, kontrak, pesanan pembelian dan invois secara sistematik dan teratur.
  5. Berhubung serta membuat susulan dengan vendor/pembekal berkaitan sebut harga, penghantaran barangan atau perkhidmatan, dokumen sokongan serta status pembayaran.
  6. Membantu dalam rundingan harga, terma pembayaran dan syarat pembekalan bagi memastikan perolehan dilaksanakan secara berkesan dan memberi nilai terbaik kepada syarikat.
  7. Membantu melaksanakan penilaian prestasi pembekal berdasarkan aspek kualiti, harga, pematuhan spesifikasi serta ketepatan masa penghantaran.
  8. Membuat semakan dokumen pembayaran melalui proses three-way matching melibatkan Pesanan Pembelian (PO), Delivery Order (DO) dan invois sebelum dikemukakan untuk pembayaran.
  9. Memastikan semua urusan perolehan dilaksanakan mengikut polisi, prosedur kewangan, tatacara perolehan dan arahan syarikat yang sedang berkuat kuasa.
  10. Melaksanakan lain-lain tugas berkaitan yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

SYARAT KELAYAKAN:

  1. Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Rantaian Bekalan (Supply Chain Management), Logistik, Perolehan atau bidang lain yang berkaitan.
  2. Mempunyai pengetahuan asas berkaitan proses perolehan, pengurusan pembekal, sebut harga dan dokumentasi pembelian.
  3. Mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office, khususnya Microsoft Word dan Microsoft Excel.
  4. Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik serta mampu berurusan secara profesional dengan pembekal dan pihak berkepentingan.
  5. Seorang yang teliti, sistematik, bertanggungjawab, amanah dan berintegriti serta mampu menjaga kerahsiaan maklumat syarikat.
  6. Mampu bekerja secara individu dan berkumpulan serta menyiapkan tugasan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
  7. Pengalaman dalam bidang perolehan, pentadbiran pembelian atau pengurusan vendor adalah satu kelebihan.
  8. Graduan baharu yang mempunyai kelayakan bersesuaian juga digalakkan memohon.

SYARAT PERMOHONAN:

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ini dikeluarkan.

Apply for this position

Allowed Type(s): .pdf, .doc, .docx