Closing on: Sep 30, 2026
Job Category: Technician
Job Type: Contract
Job Location: Kota Kemuning

SKOP TUGAS:

  1. Melaksanakan aktiviti pensampelan dan pengujian termasuk penyediaan borang ujian serta laporan berkaitan;
  2. Melaksanakan pengujian mengikut keperluan MS ISO/IEC 17025 dan tahap kualiti yang ditetapkan;
  3. Melaksanakan aktiviti pensampelan di tapak mengikut kriteria dan standard yang ditetapkan;
  4. Merekod keputusan pensampelan dan pengujian serta menyediakan laporan dengan lengkap dan teratur;
  5. Melaporkan sebarang ketidakakuran kepada Pengurus Kualiti berdasarkan pemerhatian dan membantu melaksanakan tindakan bagi meminimumkan atau menghapuskan ketidakakuran;
  6. Melaksanakan pemeriksaan perantaraan dan pemeriksaan fungsi peralatan mengikut jadual yang ditetapkan;
  7. Memastikan sistem pemfailan dan rekod makmal diselenggara dengan teratur;
  8. Memastikan tempat kerja sentiasa bersih, selamat dan mematuhi keperluan keselamatan;
  9. Memberi tumpuan kepada aktiviti yang memberi nilai tambah serta penggunaan sumber secara kos efektif; dan
  10. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

SYARAT KELAYAKAN:

  1. Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Sains, Kejuruteraan, Teknologi, Pembinaan atau bidang berkaitan;
  2. Tiada pengalaman kerja diperlukan. Graduan baharu yang memenuhi kelayakan adalah digalakkan memohon;
  3. Bersedia menghadiri Kursus Pemahaman dan Pelaksanaan MS ISO/IEC 17025;
  4. Mempunyai kemahiran asas komputer;
  5. Mempunyai sikap teliti, berdisiplin, bertanggungjawab dan mampu bekerja mengikut prosedur serta standard yang ditetapkan; dan
  6. Mampu bekerja secara individu dan berkumpulan serta mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

SYARAT PERMOHONAN:

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan ini dikeluarkan.

Apply for this position

Allowed Type(s): .pdf, .doc, .docx