Skip to main content




05 Julai 2023, Beijing, China – CIDB Holdings Sdn Bhd (CIDBH) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) bersama MCC Overseas (M) Sdn Bhd (MCCOSB) di Ibu Pejabat MCC Beijing, China, bagi mempertingkatkan kerjasama teknikal dan kualiti bahan binaan bersama pemain industri di China untuk pembangunan industri pembinaan negara.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CIDBH, Encik Mohd Azizi Ali bersama Pengarah Urusan MCCOSB, Encik Lin Anwei. Upacara menandatangani dokumen tersebut disaksikan oleh Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid dan Naib Presiden MCC China, Encik Qu Yang.

Antara bidang kerjasama yang telah dipersetujui di dalam perjanjian ini termasuklah kerjasama dalam pertukaran kepakaran dalam pengurusan pembinaan seperti penggunaan teknologi dalam pembinaan. Kerjasama ini juga mewujudkan asas yang baik di dalam kerjasama strategik untuk kebaikan bersama terutamanya dalam menggalakkan penggunaan perkhidmatan berkaitan pengujian, persijilan dan pemeriksaan produk pembinaan kepada pemain industri di Malaysia.


Read More