Skip to main content
KENYATAAN SEBUTHARGA

Sebutharga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah tempoh laku bagi menyertai pembekalan berikut:

Tajuk Sebutharga & No. Sebutharga Kod Bidang / Kelayakan Harga Dokumen Tarikh & Masa Tutup Sebutharga
a) No.Sebutharga: CIDBH/SH05/2024

MEMBEKALKAN PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN FOTOSTAT BAGI CIDB HOLDINGS SDN BHD UNTUK TEMPOH DUA (2) + SATU (1) TAHUN

010301 atau 221502 atau 222010

RM50.00 senaskah

(Tidak dikembalikan)

Tarikh:
Khamis,
9 Januari 2025

Masa:
12.00 tengah hari

 

1. Bayaran Naskah Sebutharga adalah Secara Tunai (bayaran tidak dikembalikan). Pembekal hendaklah membawa dokumen-dokumen berikut serta satu salinan bagi setiap satu dokumen tersebut semasa membeli Naskah Sebutharga. 

  • i) Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia
  • ii) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • iii) Surat Perwakilan Kuasa (untuk wakil pembekal)
  • iv) Cop syarikat beralamat penuh

2. Naskah Sebutharga boleh dibeli pada 2 hingga 6 Januari 2024 (10.00 pagi Hingga 4.00 petang) di CIDB Holdings Sdn Bhd, Tingkat 26, CIDB 520, The MET Corporate Tower, No. 20, Jalan Dutamas 2, 50480 Kuala Lumpur.

3. Naskah Sebutharga yang lengkap boleh diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta bertulis No. Sebutharga  dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat :

CIDB HOLDINGS SDN BHD
Tingkat 26, CIDB 520
The MET Corporate Tower
No. 20, Jalan Dutamas 2
50480 Kuala Lumpur

4. CIDB Holdings Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan dokumen sebutharga yang dikemukakan melalui pos.